Monday, December 11, 2006

Menangani Cinta di Kampus


suatu rakaman suasana di kampus.....

Menangani Cinta Di Kampus

Apakah itu Cinta?
  • Perasaan kasih yang mendalam terhadap sesuatu.
  • Antara suka, saying , kasih, cinta rindu, syok dsb…

Kenapa manusia bercinta?

  • Fitrah manusia bercinta, hati manusia kosong tanpa cinta.
  • Rasa ingin menyayangi dan disayangi , memiliki dan dimiliki.
  • Memenuhi naluri kelakian dan kewanitaan.

Apakah jenis-jenis cinta?

  • Cinta agung: iaitu cinta kerana Allah
  • Cinta murni: iaitu cinta manusia kerana Allah dan mengikut syariat seperti cinta suami isteri
  • Cinta melampau: cinta manusia dengan disertai maksiat kepada Allah

Kenapa timbul isu cinta di kampus?

  • Umur pelajar universiti sudah mencecah dewasa
  • Tekanan di dalam belajar mendorong cinta
  • Pengaruh media dan persekitaran menggalakkan pergaulan
  • Keinginan mencari pasangan ideal
  • Ikut-ikutan

Apakah hukum bercinta sebelum kahwin ?

  • Perasaaan cinta bukan satu kesalahan kerana ia adalah dari hati.
  • Jika syariat dijaga sepanjang masa oleh kedua-dua belah pihak maka tiada masalah
  • Namun agak sukar menjaganya kerana dorongan maksiat amat mudah berlaku
    Awasi zina mata, zina hidung , zina lidah, zina tangan , zina fikiran(imaginasi) , dan perkara lain yang mendekati dan mendorong zina.
  • Syaitan sentiasa menghasut dan menemani cinta melampau
  • Elakkan cinta melampau, mencegah lebih baik daripada merawat.

Bagaimana mengatasi cinta melampau?

  • Merancang untuk bercinta dan berkahwin, supaya tidak bercinta terlalu lama.
  • Banyakkan puasa untuk kekang nafsu.
  • Pilih pasangan yang beragama dan memahami batas syariat.
  • Sentiasa mengikuti program ilmu dan tazkirah
  • Sentiasa ingat mengingati sesama sendiri
  • Elakkan bertemu tanpa pihak ketigaseperti keluarga dan sebagainya
  • Elakkan menggunakan menggunakan komunikasi intim
  • Usah terlalu kerap berhubung (telefon, sms, surat dsb)
    Sibukkan diri dengan kerja-kerja dan aktiviti bermanfaat, kurangkan berkhayal.
  • Kurangkan urusan dengannya.
  • Banyakkan doa dan munajat
  • Usah bercinta terlalu lama, kahwin segera jika mampu untuk elakkan zina

Dimana saya?

  • Belum ada kekasih: rancanglah bila anda mahu mula bercinta, letakkan azam cirri-ciri pasangan idaman, usah bercinta secara tak sengaja.
  • Sudah ada kekasih: berkahwinlah segera jika mampu dari segala segi. Jika tidak, pastikan cinta anda cinta murni, bukannya cinta melampau.
  • Usah dipandam masalah dan konflik jiwa, bincangkan dengan yang arif.
  • Selalu berdoa agar kita tidak terejebak dalam fitnah
  • Pastikan cinta agung itu diutamakan . Isi hati dengan cinta Allah nescaya ketenangan itu menjadi benteng gelombang maksiat.

Persoalannya anda mulakan dan teruskan langkah.... "come with solution"

Wallaua’lam

http://zikrullah-alsedimy.blogspot.com

" come with solution"

Thursday, November 23, 2006

Wanita Peranan dan Tanggungjawab


Fungsi wanita bukan sekadar seorang isteri... ibu ...

WANITA kerap dikaitkan dengan pelbagai peranan penting dalam menjamin keharmonian rumah tangga, masyarakat dan negara. Namun, hakikatnya, sama ada kita sedar atau tidak, peranan yang dikhususkan kepada wanita itu diselewengkan sehingga menimbulkan pelbagai kesan burukIni terbukti dengan bertambahnya jumlah wanita yang rosak akhlak, kadar kes perceraian, serta berleluasanya perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anak muda akibat daripada salah asuhan atau pengaruh persekitaran. Fenomena ini sewajarnya dipandang serius kerana keutuhan masyarakat pada masa akan datang banyak bergantung kepada sejauh mana wanita menangani permasalahan ini secara bijaksana.

Peranan utama wanita

Firman Allah bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 56).

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa peranan atau tanggungjawab utama wanita adalah sama dengan lelaki iaitu mengabdikan diri kepada Allah. Adalah menjadi kewajipan wanita Muslim untuk berusaha sebaik mungkin agar dapat menjadi seorang insan yang tunduk dan patuh kepada-Nya, semata-mata dengan melaksanakan segala perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka juga hendaklah menjauhi segala perkara yang ditegah. Kekuatan iman yang jitu adalah aset terpenting bagi seorang wanita agar menjadi benteng bagi mengharungi sebarang bentuk cabaran.

Wanita dan keluarga/rumah tangga

Peranan wanita dalam keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya, yang bermaksud:“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami.

Wanita dan kerjaya

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian.

Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan. Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat. Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami. Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.

Wanita dan tanggungjawab sosial

Apabila memperkatakan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara, sejarah membuktikan bahawa sejak zaman Rasulullah, wanita secara aktif memainkan peranan mengikut batas ditetapkan. Misalnya, wanita bersama-sama lelaki mempelajari ilmu dan petunjuk Islam. Ada di antara mereka meriwayatkan hadis, bahkan Saidatina Aishah menunjukkan ketokohannya sebagai seorang yang mencapai kedudukan ilmu tinggi, sehingga sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan Osman bertanya kepadanya mengenai ilmu faraid.

Wanita juga berperanan sama dengan lelaki dalam usaha membendung keburukan yang berlaku dalam masyarakat kerana ini adalah tanggungjawab setiap Islam.Firman Allah bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 110). Kepincangan dan kebejatan, terutama di kalangan muda-mudi hari ini sewajarnya menarik perhatian wanita untuk sama-sama berganding bahu mencari penawar paling mujarab. Tugas ini berat dan memerlukan kesabaran, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berselerak.

Menangani peranan wanita secara bijaksana

Keadaan semasa secara tidak langsung memaksa wanita memainkan peranan seimbang di antara alam rumah tangga dan dunia masyarakat luar. Hal ini sebenarnya cabaran besar kepada wanita dan meletakkan wanita di persimpangan.

Persoalannya ialah sejauh mana seseorang wanita itu mampu melaksanakan semua tanggungjawab di atas serentak atau wajarkah mereka mengabaikan salah satu daripadanya? Jawapannya, pasti terletak di tangan wanita. Sesungguhnya wanita sentiasa memerlukan bantuan dan sokongan daripada semua pihak agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Perkara berikut adalah di antara panduan yang boleh digunakan oleh wanita untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab itu: Sentiasa memantapkan keimanan kepada Allah dan meyakini akan pertolongan-Nya. Keimanan mendalam akan dapat melahirkan wanita yang yakin pada dirinya sendiri dan mampu meneroka segala potensi anugerah Allah.

Melengkapkan diri dengan tiga ciri utama.

Ilmiah iaitu mengetahui sebanyak mungkin ilmu agama dan ilmu lain, termasuk hak sebagai wanita menurut perspektif Islam.

Siasah iaitu cuba memahami perkembangan politik tempatan dan antarabangsa untuk meluaskan fikiran dan pandangan sebagai seorang wanita yang peka kepada isu semasa.

Amaliyyah iaitu mengamalkan apa yang dipelajari dan difahami secara ilmiah.

Mendapatkan sokongan dan pengiktirafan dari orang yang paling hampir sama ada suami, ibu bapa atau keluarga.

  • Sokongan dan kebersamaan mereka ini menjadi penggerak utama kepada tugas seorang wanita.
  • Mempelajari secara bersungguh-sungguh bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih sistematik. Perlu ada perancangan kerja dan melaksanakan kerja mengikut susunan keutamaan.
  • Sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan keluarga mentua seperti menjaga hubungan baik dengan keluarganya sendiri.
  • Sentiasa menilai perlakuan diri sendiri atau memuhasabah untuk mengukur sejauh mana baik buruknya sesuatu tindakan atau perkara yang dilakukan.
  • Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah di atas kesilapan yang dilakukan sama ada disedari atau tidak.
  • Berlapang dada di atas teguran-teguran membina yang diberi oleh sesiapa sahaja untuk memperbaiki diri.
  • Melakukan kerja kebajikan umum secara amal supaya pelaksanaannya menjadi lebih mudah dan tersusun.

Berbahagialah wanita yang dapat menjalankan tugas di atas dan memainkan peranannya sebagai seorang wanita cemerlang mengikut kaca mata Islam. Yakinlah dengan janji Allah sebagaimana firman-Nya bermaksud:

“Sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97).


Regards.
Zikrullah Bin Ismail

"Come With Solution"
Blog :
http://zikrullah-alsedimy.blogspot.com/

Sunday, September 17, 2006

Trend Mengurangkan Rasa Berdosa

Seorang sahabat mengirim e - mail kepada saya sehari dua yang lalu dengan membawa kisah atau tajuk ini . Ermm.... satu keluhan yang sangat menarik dan saya rasa ia sedang dikeluhkan oleh ramai muslim dalam negara kita kini .
Tidak kurang juga , mereka yang terus tenggelam dalam kebingunggan tanpa mampu merungkai belenggu kebingungan tersebut .
Setelah saya membaca dan mengamati tulisan " Trend Mengurangkan Rasa Berdosa " mengingatkan saya kepada sahabat saya Ust. Mohd Hasrizal . Saya sangat yakin , bahawa ini adalah hasil tulisan dan keluhan beliau yang difowardkan oleh sahabat yang menghantar e - mail kepada saya . ( Tidak sukar untuk memahami gaya bahasa yang unik dan pendekatan penulisan yang baik sebagaimana yang dilakukan oleh Ust. Mohd Hasrizal . )
Tahniah ! dan saya kongsikan tulisan ini dengan semua sahabat untuk sama - sama kita ambil iktibar dan merangka tindakan .
TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA .
Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain.
Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.
Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya.
Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim?
Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop ‘Arabising’ Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi.
Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.
Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu.
Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya.
Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.
Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid.
Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.
RAKYAT KETAGIH HIBURAN
Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja.
Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.
Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir.
Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.
Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan.
Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.
Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!
Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan?
Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku?
Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.
APAKAH SEMUA INI?
Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa?
Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki?
Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH!
Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!
Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut?
Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.
Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap.
Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.
Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran.
Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.
Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa.
Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu.
Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa. Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.
“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

helaian ini diambil drpd Ust Nasarudin Tantawi blog

Tuesday, June 27, 2006

Nasyid Kotemporari Mengikis Semangat Amal Islami

Nasyid berfungsi sebagai santapan rohani pejuang yang sering keletihan lantaran cabaran jahiliyyah yang berterusan.
Di samping al-Quran yang bertindak sebagai Syifa' (perawat) kepada jiwa, nasyid berfungsi mengembalikan semangat juang para amilin Amal Islami. Manakala kepada masyarakat umum, ia berfungsi menyampaikan mesej Tajdid Iman serta visi dan misi Ummah. Ia menyedarkan, menghiburkan, dan menyentak hati dan akal agar berfikir.
Namun, semenjak kemunculan nasyid-nasyid kontemporari dewasa ini, roh perjuangan itu sudah hilang. Nasyid mematikan semangat bekerja untuk Islam dan melembikkan jiwa pendukung Amal Islami. Ia tidak jauh dari menyerupai resepi hedonisma yang telah sedia banyak, cuma dikosmetikkan dengan sedikit 'nilai-nilai Islam'.

Cuba hayati nasyid ini...

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada disisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yg menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan
Dicelah itulah Kami mengatur langkah
Membina sebuah Thaifah (kumpulan manusia)
Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun dunia baru Islam

Utk dengar, klik " Nasyid Motivasi Perjuangan....mesti dengar "
pada My link sidebar.

Wednesday, June 21, 2006

PEMUDA & PEMUDI : AGENDA PERUBAHANSATU TINJAUAN DARI SIRAH RASULULLAH SAW

Kertas Kerja ( 021 )


PEMUDA & PEMUDI : AGENDA PERUBAHAN
SATU TINJAUAN DARI SIRAH RASULULLAH SAW.

MUQADDIMAH .

Sunnah Perubahan :

Keadaan / suasana ( merangkumi politik , social , ekonomi dll ) pasti akan berubah .

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

“ Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”

Ali Imran : 140

Peranan Islam dan ummatnya ( khasnya pemuda & pemudi ) ialah memimpin perubahan

1 : Penegasan ini dapat dilihat dalam lembaran sirah Rasulullah saw. dan Para Sahabat melalui ucapan Rubaei bin Amir rha. kepada panglima Rustam :

إِنَّ اللهَ ابْتَعَثَناَ لِنُخْرِجَ مَنْ شَاْءَ مِنْ عِباَدَةِ الْعِباَدِ إِلىَ عِباَدَةِ رَبِّ الْعِباَدِ وَ مِنْ جَوْرِ اْلأَدْياَنِ إِلىََ اْلعَدْلِ اْلإِسْلاََمِ وَ مِنْ ضِيْقِ اْلدُّنْياَ إِلىَ سِعَتِهاَ وَ اْلآخِرَةِ

“ Sesungguhnya Allah swt. telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu Dari perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Tuhan Hamba Dari kedholiman ideology ciptaan manusia kepada keadilan Islam Dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat ”

Inilah 3 Program utama Bagi Proses Perubahan yang dibawa oleh Nabi saw. Kerana sebelum itu : Manusia terperangkap dalam period Jahiliyyah yang :

Ø Mengabdi diri sesama mereka
Ø Menganut agama ciptaan mereka sendiri
Ø Terbelenggu dalam fikrah Madiyyah


2 : Nabi saw. sendiri ada menegaskan :

أُمِرْتُ أَنْ أُقاَتِلَ اْلناَّسَ حَتَّى يَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُوَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَ يُقِيْمُوا اْلصَّلاَةَ وَ يُؤْتوُا الزَّكاَةَ فَإِذاَ فَعَلُوْا ذَلِكَ عَصَمُوْا مِنيِّ دِماَءَهُمْ وَ أَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ اْلإِسْلاَمِ وَ حِساَبُهُمْ عَلى اللهِ تعالى .

رواه البخاري و مسلم

“ Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammmad adalah pesuruh Allah , mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat . Apabila mereka menunaikan yang sedemikian itu , maka terpeliharalah darah dan harta mereka daripadaku kecuali apa yang telah menjadi hak bagi agama Islam sementara persoalan hati mereka terserah kepada Allah swt.”

Orientasi dakwah dan perjuangan Nabi saw. adalah :

Memerangi dan Merubah manusia

Ø dari Syirik kepada Tauhid ( syahadah )
Ø dan mengabdikan diri kepada Allah ( solat )
Ø serta membina hubungan sesama manusia ( zakat )


Sebelum itu manusia hidup :

Ø Tanpa Aqidah ( keyakinan )
Ø Tanpa Ibadah ( pengabdian )
Ø Tanpa Akhlak ( silaturrahim )


* Justeru itu Islam agama yang memimpin perubahan dari : ( bila dan dimana sekalipun )

1. Jibayah ( kebendaan ) kepada Hidayah ( petunjuk )
2. Bidaah ( ciptaan manusia ) kepada Syaria’h ( perundangan Ilahi )
3. Kufur ( ingkar ) kepada Iman ( yakin )

4. Jahiliyyah kepada Islam
5. Bhatil kepada Hak
6. Dosa kepada pahala
7. Neraka kepada Syurga
8. Mungkar kepada makruf
9. Hamba kepada Tuan
10. Dijajah kepada Kedaulatan
11. Diperintah kepada Memerintah


Pemuda dan pemudi pula menjadi Top Agent terhadap perubahan – perubahan tersebut . Pemuda/I adalah asset ummah dan ia merupakan Institusi utama untuk menggerakkan ummah ke arah melaksanakan aspirasi perubahan tersebut .

Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan pemuda di saf hadapan perjuangan ( di bawah kepimpinan Ulama ).

Memprogramkan pemuda/I antara agenda baginda Rasul saw. dalam menggerakkan dakwah dan mengibar panji Islam di mukabumi Allah ini .

Generasi awal yang telah berkorban tenaga dan nyawa untuk mengemudi misi dan visi risalah As Samawiah juga terdiri dari golongan pemuda . malah Rasulullah saw. sendiri ketika ditabal sebagai seorang Rasul akhir zaman adalah seorang pemuda yang berusia 40 tahun . ( suatu usia yang sempurna sebagai seorang pemuda )

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّباَبِ خَيْراً فَإِنَّهُمْ أَرِقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ الله ُبِالْحَنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ فَحَاْلَفَنِي الشَّباَبُ وَ خَاْلَفَنِي الشُّيُوْخُ

“ Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk ( lembut dan unik ) Sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang – orang tua menyanggahiku .”

KEPENTINGAN PEMUDA - PEMUDI UNTUK BERGANDINGAN DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH DAN MENEGAKKAN AD DEEN

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

At Taubah : 71

Ø Perjuangan Islam pimpinan Rasululllah saw. mempunyai senarai panjang penglibatan pemudi – pemudi yang turun ke padang membantu perjuangan . Nama – nama seperti Sofiyyah rha. , Asma’ binti Abu Bakar rha. , Aisyah rha, Fatimah Az – Zahra’ rha.[1] dll adalah tunggak utama di belakang para pejuang dengan peranan mereka masing – masing.

Bukan sahaja sebagai jururawat di medan perang , tetapi juga sebagai benteng/kubu yang kuat di sempadan untuk mempertahankan kedaulatan Islam . Malah mereka berfungsi juga sebagai guru dan pendakwah gigih untuk menyebar maklumat dan kefahaman Islam kepada ummah khasnya golongan wanita .

Ø Gandingan pemuda – pemudi adalah satu penguasaan kepada dua sayap perjuangan ini untuk menggerakkan dakwah dan menegakkan Ad deen . Sebagai contoh di negara kita yang turut mengambil pendekatan pilihanraya (Muwajjahah Silmiyyah – pendekatan aman sebagai salah satu wasilahnya) untuk mendaulatkan Syaria’h Islamiyyah .


Perlu difahami bahawa pengundi wanita jauh mengatasi pengundi lelaki . Justeru itu , untuk menjayakan hasrat menegakkan Ad deen , gerakan dakwah menyeluruh , merangkumi dua golongan pengundi ini mesti dijana secara bersepadu dengan gandingan mantap pemuda & pemudi

Gandingan ini tidak terhenti setakat gandingan tenaga , tetapi juga fikrah , kepimpinan dan suara .Seperti menghadapi kes tohmahan musuh kononnya Islam / PAS mendikriminasikan wanita , selain ulama’ dan pemuda membela dan menjawab pertuduhan jahat itu , sewajarnya muslimat/pemudi bersuara menjelaskan kedudukan mereka dan bagaimana mereka ditanggapi dalam Jamaah Islam . Ini lebih berkesan .

Ø Baginda Rasul saw. semasa mengatur strategi hijrah , disaat musuh juga mengatur strategi untuk menggagalkan hijrah malah bertekad untuk membunuh Rasulullah saw. , baginda telah menggunakan khidmat gandingan mantap pemuda & pemudi demi menjayakan hijrah baginda saw. , justeru berjayanya hijrah bererti berjayanya proses menegakkan Daulah Islamiyyah / Ad Deen

Baginda telah memerintahkan seorang pemuda bernama Ali Karrramallahu wajhah untuk mengambil ranjang Rasulullah saw. dimalam hijrah guna melengah – lengahkan pergerakkan kuffar Musyrikin sementara seorang pemudi yang bernama Asma’ binti Abu Bakar rha. pula diarah untuk menghantar bekalan makanan dan maklumat terkini kepada baginda dikala baginda bersembunyi seketika di gua Thur.

Ø Kisah - kisah ini nampak simple pada riwayatnya tetapi sangat menggerunkan pada perlaksanaannya . Ia memerlukan keberanian dan pengorbanan yang tinggi . Ini adalah simbolik perlunya gandingan mantap pemuda – pemudi di sepanjang zaman untuk menggerakkan Dakwah dan menegakkan Ad Deen .

PERSIAPAN DAN KUALITI DIRI YANG PERLU DIPERLENGKAPKAN

Ø Memelihara Aqidah Imaniah dan Aqidah Perjuangan sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh

Yakin Islam menang dan mampu memerintah
Menanggapi Islam secara syumul
Bersedia untuk mendepani segala cabaran ( mehnah )

Ø Tingkatkan kesedaran Thaqafah ( knowledge ) guna menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar

Memahami pengertian & fungsi secular , nasionalis , dictator dsbnya.
Bijak membaca suasana – untuk menterjemah gerakerja dengan tepat
Memahami sunnah perjuangan – yang penuh dengan Tribulasi[2]
Mampu memenuhi keperluaan ummah semasa
Miliki daya intelektual tulen yang tidak boleh dibeli dengan material .
Mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan yang membina .


Ø Bergabung dengan Gerakan dan kepimpinan Islam serta komited dengan aktivitinya .

Menyertai ( intima’ ) dengan Jamaah Islam . ( PAS )
Memberi sumbangan terbaik untuk Jamaah dan ummah
Menjadi agent/duta Jamaah dimana sahaja berada ( ex: kampus )


Ø Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari konpirasi musuh – musuh Allah .

Berani bertindak menentang kedholiman & kebobrokan pemerintah[3]
Peka terhadap isu yang memihak kepada kita utk. dimanafaatkan
Sensitiviti yang tinggi terhadap sikap musuh yang menghina Islam .
Sanggup berkorban dan sedia menerima risiko perjuangan

Ø Membentuk keperibadian ( syakhsiyyah Islamiyyah ) dan watak kepimpinan kontemporari yang mengekalkan prinsip Aqidah dan Akhlak Islamiyyah

Penampilan berkarisma dan berwibawa
Bebaskan diri dari pengaruh & sentimen negatif pd. watak kepimpinan
Telus , berlapang dada dan beramanah terhadap tugas dan peranan .
Menguasai dan memimpin keadaan / arus

Ø Kemahiran menguasai sarana perjuangan dan keupayaan menguasai pengaruh masyarakat .

Penguasaan dalam bidang IT
Menakluki arus media ( elektronik / cetak )
Menangani polemik masyarakat
Ada hubungan dengan individu berpengaruh dalam masyarakat .
Tidak meminggir diri dari arus perjuangan rakyat & semasa .
Memasang jaringan gerakkerja di peringkat nasional / internasional
Kemampuan memanafaatkan chanel – chanel utama untuk dakwah spt :

Ø Public speaker
Ø Public counselor dll.


PROSES PEMBENTUKAN PERIBADI PEMUDA/I
HASIL LENTURAN RASULULLAH SAW.

Proses pembentukkan peribadi pemuda – pemudi dilentur oleh Rasulullah saw . melalui Amal Islami yang merangkumi 3 kategori .

Amal Jamaei ( Harakah Islamiyyah )
Amal Ijtimaei ( Masyarakat )
Amal Fardi ( Individu )

Ø Amal Jamaei .
Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. membentuk satu kelompok usrah di rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai proses pengkaderan , berasaskan :

1. Ukhuwwah Islamiyyah ( Persaudaraan Islam )
2. Tasawwur Amal Islami ( Kefahaman Gerakkerja Islam )
3. Tauziu’l Amal توزيع العمل ( Pengagihan tugas )
4. Bina’ Asy – Syakhsiyyah بناءُ الشخصية ( Membentuk perwatakan/keperibadian )

Jiwa yang soleh
Watak kepimpinan
Peribadi mujahid ( pejuang )


Pesanan Rasulullah saw. kepada Huzaifah Ibnul Yaman :

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ

“ Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka .”

Riwayat : Bukhari dan Muslim

Ø Amal Ijtimaei .

Aktiviti social dengan membawa konsep :

1. At Ta’awun التعاون ( bertolong bantu dalam perkara baik & takwa )

2. At Tawasho التواصى ( berpesan – pesan dengan kebenaran dan kesabaran )

3. Ad Dakwatu Ilallah ( menyeru kembali kepada Allah swt. )

4. Al Amru bil makruf

5. An Nahyu A’nil mungkar

Berkata benar walau berhadapan dengan pemimpin yang dholim
Tegas dengan prinsip syara’


Ø Amal Fardi

Berpusat kepada agenda taqarrub kepada Allah swt .

1. Qiamulaill & Solat An Nawafil ( Solat sunat )
2. Fikir dan zikir )Al Mathurat dll (
3. Tilawatul quran


يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat .


- Muzammil : 1 – 5

CABARAN – CABARAN SEMASA YANG DIHADAPI OLEH
GERAKAN MUDA/I DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH


Serangan Pemikiran . ( Ghazwatul Fikri )

1. Sekularisasi Ilmu ( ilmu tidak berpaksi kepada iman )
2. Dualisme budaya ( membaratkan budaya timur )
3. Penyelewengan fakta sejarah
4. Melontar kekeliruan kepada ummah terhadap agama anutan mereka
5. Kristianisasi
6. Hinduraya
7. Faham pandang barat ( New world order )
8. Faham pandang timur ( spirit samurai )


( semua item di atas menjadi penghalang utama kepada arus dakwah yang digerakkan malah terus menyumbang kepada keruntuhan Aqidah yang parah )

Keruntuhan Moral

1. Pengaruhi budaya hedonisme
2. Penguasaan budaya porno[4]

( item ini pula membentuk manusia yang berpaksikan nafsu dan lemah jiwa . Mereka menjadi sukar untuk memberi respon positif kepada dakwah yang tiba kepada mereka , justeru itu pergerakkan dakwah menjadi lembab dan mendatar )

Pemerintahan Secular Dictator .[5]

1. Menggunakan seluruh instrument kerajaan untuk menyekat dakwah

2. Melacurkan undang – undang , menobatkan kekejaman ( ex : ISA )

3. Menyekat semua laluan dakwah seperti memilik negarakan semua masjid dan khutbah serta tidak mengeluarkan permit untuk ceramah umum .

4. Menggunakan kuasa polis untuk membantai rakyat dan menyeksa pejuang/pendakwah .

5. Mengugut dan menakutkan rakyat supaya menjauhi Harakah Islamiyyah

Cengkaman Rasa Putus Asa . kerana :[6]

1. Dakwah mereka di tolak mentah
2. Terpaksa melalui tempoh yang terlalu lama untuk berjaya dalam dakwah
3. Cabaran terlalu getir dan terus muncul bertali arus
4. Sering menerima kegagalan dalam misi yang dilancarkan
5. Sokongan yang sangat minority secara berpanjangan


PERUBAHAN DALAM BENTUK BAGAIMANA
YANG PERLU DIBAWA OLEH PEMUDA/I

Pemuda – pemudi mesti menjadi arkitek mengawal proses perubahan yang berlaku kerana kita tidak mahu meruntuhkan jahiliyyah dan menegakkan jahiliyyah yang baru . Kita juga tidak mahu slogan taghyir ( perubahan ) hanya tinggal laungan dan slogan yang hampa .

Perubahan yang dilakukan bukanlah asas rekaan dan kajian tetapi mengikut acuan wahyu dan sunnah Rasulullah saw . Justeru itu , langkahan awal mestilah merubah persepsi umum masyarakat terhadap keupayaan Islam untuk memerintah di era sains dan teknologi .

Bentuk perubahan sedemikian boleh dilangsungkan dengan mengambil kaedah Muwajjahah Silmiyyah ( pendekatan aman ) dan mempelbagaikan wasilah serta methodology dakwah melalui usaha memanafaatkan semua ruang yang wujud dengan mencipta suasana untuk menguasai keadaan .

Sebagai cth . di Negara kita , kita mengambil pendekatan pilihanraya sebagai salah satu bentuk[7] perubahan . Kita mempunyai hasil melalui pendekatan ini namun begitu kita tidak pernah beriman dengan pilihanraya .[8]

Pemuda – pemudi juga mestilah membawa satu bentuk perubahan yang mantap dan bersedia untuk mengambil alih ketuanan pentadbiran/pemerintahan negara dengan memikir dan mengkaji secara serious dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan semasa .

Langkah untuk memastikan usaha ini berjaya , beberapa tindakan asas mesti dilaksanakan seperti :

Ø Menguasai Niqabah ( jabatan ) yang menjadi instrument kerajaan

Ø Menyediakan tenaga upaya/pakar dalam bidang yang diperlukan untuk memerintah

Ø Membentuk Daulatun Nuwab ( Negara Bayangan )[9]

Ø Melebarkan chanel dakwah di pelbagai peringkat

Ø Kelengkapan diri ( individu ) untuk turun menghadapi risiko perjuangan di tengah gelanggang dan bernafas panjang mengharungi badai perjuangan yang tiada penghujung .

Ø Memahami peranan yang mesti dilaksanakan dan mengetahui lokasi/medan operasi yang akan dijalankan agar tidak berlaku gejala over lap yang ketara dan pengabaian terhadap Fiqhul Aulawiyyat .[10]

Sikap gopoh dalam tindakan membentuk perubahan sehingga mencetus adegan – adegan yang tidak rasional atau bercanggah dengan keputusan syura ummat islam adalah perkara yang mesti ditinggalkan oleh pemuda dalam merangka bentuk perubahan yang ingin mereka bawa .


JANGAN MEMETIK BUAH SEBELUM MASAK . LANTARAN ITU SABAR DAN TENANGLAH DALAM BERJUANG. ISTIQAMAH DALAM MENGGERAKKAN PERUBAHAN.

Pemuda/i Tidak selayaknya berpaling dari tanggungjawab perjuangan walau dalam apa alasan sekalipun . Penglibatan pemuda/I adalah antara denyutan nadi perjuangan . Apakah kita tergamak berpaling setelah kita menerima hidayah , sedangkan hidayah yang kita terima adalah melalui pengorbanan tenaga dan jiwa mereka terdahulu .

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِيْن مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik ( berpaling tadah )? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Ali Imraan : 144

[1] Mereka ini semua adalah mahasiswi – mahasiswi di Universiti of Rasulullah saw. yang dibentuk dan dilentur untuk menjadi tunggak utama perjuangan Islam bagi mewakili sayap kiri perjuangan tersebut.

[2] Sunnah perjuangan : Jauh perjalanan , sukar , dipenjara , dibuang daerah dan dibunuh .

[3] Tindakan yang sesuai dengan penampilan dan tahap upaya pemuda/I . Sekali – kali tidak layak berpeluk tubuh membiarkan mereka bermaharajalela dengan kedholiman dan kekejaman .

[4] di anggarkan 70% kandungan internet ialah pornografi . Menurut Buchanan International ( sebuah rumah penapisan ) terdapat 20 000 laman web lucah baru muncul setiap hari didunia .

Sumber : MASSA 7/10/00 – hlm. 18

[5] Pemerintahan secular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada Ummat Islam . Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama dan mematahkan hasrat pelaksanaan Daulah Islamiyyah .

[6] Seringkali rasa putus asa ini mendorong pendakwah muda bertindak gopoh melewati batas rasional dalam tindakan mereka dan membuatkan mereka dikuasai emosi bukan mereka yang menguasai emosi.

[7] Peringatan : Bukan satu – satunya tetapi hanya salah satu …

[8] membawa maksud kita tidak akan berhenti meneruskan agenda At taghyir sekalipun pilihanraya dan kemenangan kita di batalkan sebagaimana apa yang berlaku kepada FIS di Algeria .

[9] seperti memiliki hospital dan sekolah sendiri dll.

[10] Termasuklah sibuk buat kerja orang lain sedang tanggungjawab sendiri terabai .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 2:14:00 PM

Saturday, June 17, 2006

Sunnah Berjuang






Sunnah Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Inilah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang ia berkelana
Dipenjara ia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa mara memburu cita
Kembara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib meniti sayu
Menghiris dosa air mata
Siangnya bagai singa dirimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina demi kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang

Wednesday, June 14, 2006

Silamku UTM... Final Sem Projek



March 4, 2005... Terbait suatu memori... pd jam 7:18 am. Kami budak-budak course DDB
(Dip Elektrik Mekatronik) , siap sedia utk memulakan pertandingan... basikal/kenderaan elektrik.. siapa terpantas dianggap juara...

Namun, sedih campur gembira.... ade la sorang kawan.... tolak saya sampai jatuh.... mcm mana tak jatuh... handle basikal tu patah... habis calar kaki saya.... mungkin tak ceritanya pada malam ni... tetapi minda saya telah melakar jauh mengenang memori ini....
Apapun saat manis ini masih dialami oleh Student 3DDB 04/05 ...
Masing -masing mempunyai lakaran minda yg berbeza tapi kisahnya tetap sama...syabas 3 DDB....